Kupatah tangkai kusuma kukucup
kendati mencari wangi asli
cempaka tinggal tergulai lampai
sayang tanganku hendak mencapai.
Teja! hanya cempaka ditayang daun
aneka bunga menutup bumi
impian lama datang mengalun
kerana kusuma kenangan diri.
harum rambutmu terasa ada
dalam bunga duduk tersembunyi
suma mana ratna mulia
kanda sibuk tengah mencari.
Pohon rendah dinaungi kemuning
puteri dilindungi payung kembang
bunga adinda kencana ramping
irama kusuma abang seorang.
Wangi tertebar membawaku ragu
mengembang abang ke hari lampau
harum sepadan wangi rambutmu
kalau terurai kita bergurau.
Melur! duta rindu di purnama raya
kawan sendu di sunyi malam
ratna rupa di hulu kemala
penambah manis jiwa pendiam.
Puisi Oleh: Amir Hamzah